Halaman UtamaAkaun Tun Dr Mahathir PUISI Forum  Daftar Masuk
Che Det


"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

_____________________


Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Dr Mahathir Mohamad


Untuk membeli tiket online sila klik disini

_____________________


TOLAK PEMBANGKANG


_____________________


GALERI KELAB CHE DET GALERI Beri sokongan anda pada Kelab Che Det dot Com.
_____________________


DILEMA MELAYU Buku Dilema Melayu Karya Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca dalam format PDF klik disini untuk membaca dalam format HTML
_____________________


MEMORANDUM KEPADA MIC Memorandum Kepada Parti MIC


Transkrip Ucapan
YABhg Tun. Dr. Mahathir
Ucapan

DAFTAR UMNO
DAFTAR
Berminat menjadi ahli UMNO? sila daftar secara Online disini.Mudah dan cepat.



Modul
· Laman Utama
· Akaun Anda
· Capaian Berita
· Forum
· Kandungan
· Kirim Berita
· Pesanan Peribadi
· Topik

Hitungan Masa
Seramai
7712966
pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada
30 Nov. 2008

Ditalian
Selamat datang, Anonymous
Nama Samaran
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: lynnda
Hari Ini: 1
Semalam: 2
Keseluruhan: 1753

Sedang Online:
Pelawat: 25
Ahli Berdaftar: 4
Jumlah: 29

Sedang Online:
01: nordin
02: beruang_putih
03: masterpiece
04: tarabulsi

Rankaian Akhbar











Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin.
Kiriman pada Thursday, July 15 @ 05:28:49 EDT oleh pasbodo
Semasa amirhamzah64 menulis "Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan UMNO bersatu. Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara UMNO dan PAS terlaksana. Apabila ditanya wartawan, Muhyiddin secara ikhlas menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.



Isu kerjasama PAS-UMNO dibangkitkan semula oleh JASA dan ABIM bukannya oleh UMNO. Apabila diminta memberi komen sudah tentulah Muhyiddin sebagai TPM mengalu-alukan cadangan itu. Tidak munasabah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan memberi pandangan negatif walaupun beliau faham adalah sesuatu yang sukar untuk berlaku buat masa ini. Ini bermakna cadangan kerjasama ini bukan datang daripada UMNO tetapi ada pihak lain yang mencadangkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.

Seperti yang dikatakan oleh PM, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Bahasa mudahnya UMNO bukan teringin sangat tetapi jika ada hasrat mana-mana pihak untuk bekerjasama UMNO tidak menutup pintu malah sentiasa berlapang dada. Kepada PAS, mungkin UMNO boleh berkata begini ' pinggan tak retak, nasi tak dingin, PAS tak hendak, UMNO pun tak ingin'.

Malangnya isu kerjasama PAS-UMNO telah diputarbelitkan oleh naib presiden PAS, Mahfuz Omar seolah-olah ianya dibangkitkan oleh UMNO. Kita pun faham isu kerajaan perpaduan dulu pun dicadangkan oleh Hadi Awang dan Nasharuddin tetapi kumpulan erdogen dalam PAS seperti Mahfuz yang menentang keras. UMNO tidak kisah pun apabila kerajaan perpaduan itu gagal. Namun UMNO sebagai parti terbesar dan telah mengemudi negara ini sekian lama tidak cepat melatah jika rakyat atau orang awam yang tiada berkepentingan menyuarakan pandangan demi bangsa dan agama adalah lebih molek agar parti-parti yang mewakili orang Melayu-Islam ini bersatu. Pada dasarnya UMNO tidak mempunyai masalah untuk berkrompromi.

Justeru itu, rakyat seharusnya sedar siapakah yang menolak jalan kebaikan dan siapakah yang suka kepada permusuhan. Harakahdaily memetik Mahfuz ketika diminta mengulas perkara itu berkata, UMNO juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka. "Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk UMNO dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mahfuz bercakap seolah-olah PAS ada 80 kerusi di Parlimen sedangkan hakikatnya hanya ada 23 kerusi sahaja. Lihatlah betapa sombong dan bongkaknya manusia yang bernama Mahfuz ini. Kalau lah PAS berjaya menawan 60 kerusi parlimen dalam PRU ke 13 nanti bagaimanakah lagaknya si Mamat parang kontot ini. Klik di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga dengan bongkaknya berkata,orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa UMNO kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah UMNO. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen dengan kenyataan ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai kata-kata si Mamat parang kontot ini dan siapakah sebenarnya yang patut diberi rawatan pesakit mental?

Berbalik kepada isu kerjasama PAS -UMNO, sebagai rakyat tidak ada gunanya kita mengajak orang berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba. UMNO pula yang dilabel sebagai tidak siuman dan gila talak. Kalau UMNO hendak bekerjasama pun tentu lebih logik dengan pemimpin-pemimpin Melayu PKR kerana mereka pun pernah bersama UMNO di satu ketika dahulu berbanding dengan PAS yang rata-rata pemimpinnya ada 'besar batu dalam kepala'.

Amir Hamzah
Batu Pahat."

 
Pautan Berkaitan
· Lagi mengenai Semasa
· Artikel Oleh pasbodo


Artikel yang sering dibaca berkenaan Semasa:
Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah


Penilaian Artikel
Markah Purata: 5
Undian: 1


Sila luangkan sedikit masa untuk mengundi artikel ini:

Cemerlang
Sangat Bagus
Baik
Sederhana
Teruk



Pilihan

 Paparan Untuk Percetakan  Paparan Untuk Percetakan

 Kirim Artikel ini kepada Rakan  Kirim Artikel ini kepada Rakan


Segala komen di sini adalah hakmilik penghantar. Pihak pentadbir tidak bertanggungjawab bagi segala isi yang terkandung di dalamnya. Harap maklum.

Tetamu Biasa tidak dibenarkan memberi komen, sila daftar


Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com

Kelabchedetcom Ilhamcipta oleh KCD Web Team