Halaman UtamaAkaun Tun Dr Mahathir PUISI Forum  Daftar Masuk
Che Det


"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

_____________________


Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Dr Mahathir Mohamad


Untuk membeli tiket online sila klik disini

_____________________


TOLAK PEMBANGKANG


_____________________


GALERI KELAB CHE DET GALERI Beri sokongan anda pada Kelab Che Det dot Com.
_____________________


DILEMA MELAYU Buku Dilema Melayu Karya Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca dalam format PDF klik disini untuk membaca dalam format HTML
_____________________


MEMORANDUM KEPADA MIC Memorandum Kepada Parti MIC


Transkrip Ucapan
YABhg Tun. Dr. Mahathir
Ucapan

DAFTAR UMNO
DAFTAR
Berminat menjadi ahli UMNO? sila daftar secara Online disini.Mudah dan cepat.



Modul
· Laman Utama
· Akaun Anda
· Capaian Berita
· Forum
· Kandungan
· Kirim Berita
· Pesanan Peribadi
· Topik

Hitungan Masa
Seramai
7722763
pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada
30 Nov. 2008

Ditalian
Selamat datang, Anonymous
Nama Samaran
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: zaidazainal
Hari Ini: 0
Semalam: 2
Keseluruhan: 1754

Sedang Online:
Pelawat: 37
Ahli Berdaftar: 0
Jumlah: 37

Rankaian Akhbar











Bukti UMNO Tidak Menaja PERKASA
Kiriman pada Thursday, July 15 @ 05:28:31 EDT oleh pasbodo
Semasa amirhamzah64 menulis "Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf PERKASA yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera ianya satu kelebihan kepada PERKASA. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penubuhan PERKASA bukan NGO tajaan UMNO. Sekaligus mematikan dakwaan pakatan pembangkang bahawa UMNO menaja penubuhan PERKASA.



Walaupun Nazri tidak menyokong atau mengiktiraf PERKASA itu tidak penting kerana Nazri bukan orang penting dalam UMNO. Lebih penting daripada itu beratus ribu orang Melayu menyokong PERKASA dan berlumba-lumba mengisi borang keahlian PERKASA. PERKASA terbuka kepada semua orang Melayu dan bumiputera tanpa mengira pegangan dan haluan politik masing-masing. Selagi mana orang Melayu mahu mempertahankan perlembagaan dan undang-undang yang memelihara hak-hak istimewa Melayu boleh sertai PERKASA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.Oleh itu katanya, idealisme PERKASA, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. “Kita harus mengetepikan sama sekali PERKASA. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana PERKASA tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau.

PERKASA bukan perkauman seperti yang didakwa oleh Nazri. PERKASA adalah NGO yang berjuang atas dasar politik yang mempertahankan perkara 153 perlembagaan negara. Malah PERKASA sebenarnya asas kepada gagasan 1 Malaysia yang mempunyai matlamat akhirnya perpaduan nasional. Apabila semuanya kembali mematuhi perlembagaan, saling memahami dan menghormati hak-hak kaum masing-masing seperti yang tertulis di dalam perlembagaan maka negara ini dijamin dalam keadaan selamat dan aman.Lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan Melayu yang dilindungi oleh undang-undang perlu dihormati dan tidak boleh dipertikai. Ini lah kontrak so:) antara Melayu dan bukan Melayu di mana kewarganegaraan menjadi galang gantinya.

Ianya sama dengan dasar affirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kelihatan DEB itu bersifat perkauman tetapi matlamat akhirnya adalah perpaduan nasional apabila jurang ekonomi antara Melayu dan Bukan Melayu cuba dirapatkan. Sehingga sekarang pun DEB masih belum mencapai sasaran 30% kekayaan negara dimiliki oleh Melayu dan bumiputera. Adakah DEB dan Tun Abd.Razak itu racist? Sudah tentu tidak kerana sudah menjadi tanggung jawab kerajaan waktu itu untuk memberi hak keistimewaan itu kepada orang Melayu dan bumiputera yang rata-rata daif dan miskin.

Fasal 4- Tujuan dan matlamat PERKASA yang ke 6 adalah mempertahankan kedaulatan negara. Sudah tentu keselamatan negara dan rakyat menjadi keutamaan. PERKASA tidak berniat menghancurkan negara ini dengan membangkitkan isu-isu perkauman sehingga boleh menimbulkan perbalahan. PERKASA cuma mahu membawa rakyat memahami perlembagaan yang melibatkan perkara-perkara yang disebutkan supaya tidak ada lagi perkara-perkara yang dipertikaikan. Jika ianya dipertikaikan maka akan mengundang ketidakpuasan hati PERKASA dan orang Melayu.

Komen Nazri ke atas PERKASA mudah difahami. PERKASA mendapat sokongan penuh daripada mantan PM, Tun Mahathir. Mesyuarat Agung PERKASA yang pertama diselamatkan oleh Tun setelah DYMM Sultan Selangor tidak dapat berangkat ke majlis perasmian. Semua orang tahu hubungan dingin Nazri dan Tun M. Apabila Tun M menyokong penuh PERKASA, mungkin kah Nazri akan menyokong PERKASA? Sudah tentu tidak. Kritikan ke atas PERKASA dalam waktu yang sama seolah-olah menyindir Tun M.

Walau apa pun PERKASA akan meneruskan agenda perjuangannya. Agak membanggakan juga kerana PERKASA semakin popular dan diminati ramai. Semuanya adalah hasil pengiklanan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang, MCA, MIC, KJ dan Nazri.

Amir Hamzah
Batu Pahat."

 
Pautan Berkaitan
· Lagi mengenai Semasa
· Artikel Oleh pasbodo


Artikel yang sering dibaca berkenaan Semasa:
Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah


Penilaian Artikel
Markah Purata: 5
Undian: 1


Sila luangkan sedikit masa untuk mengundi artikel ini:

Cemerlang
Sangat Bagus
Baik
Sederhana
Teruk



Pilihan

 Paparan Untuk Percetakan  Paparan Untuk Percetakan

 Kirim Artikel ini kepada Rakan  Kirim Artikel ini kepada Rakan


Segala komen di sini adalah hakmilik penghantar. Pihak pentadbir tidak bertanggungjawab bagi segala isi yang terkandung di dalamnya. Harap maklum.

Tetamu Biasa tidak dibenarkan memberi komen, sila daftar


Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com

Kelabchedetcom Ilhamcipta oleh KCD Web Team