Halaman UtamaAkaun Tun Dr Mahathir PUISI Forum  Daftar Masuk
Che Det


"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

_____________________


Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Dr Mahathir Mohamad


Untuk membeli tiket online sila klik disini

_____________________


TOLAK PEMBANGKANG


_____________________


GALERI KELAB CHE DET GALERI Beri sokongan anda pada Kelab Che Det dot Com.
_____________________


DILEMA MELAYU Buku Dilema Melayu Karya Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca dalam format PDF klik disini untuk membaca dalam format HTML
_____________________


MEMORANDUM KEPADA MIC Memorandum Kepada Parti MIC


Transkrip Ucapan
YABhg Tun. Dr. Mahathir
Ucapan

DAFTAR UMNO
DAFTAR
Berminat menjadi ahli UMNO? sila daftar secara Online disini.Mudah dan cepat.



Modul
· Laman Utama
· Akaun Anda
· Capaian Berita
· Forum
· Kandungan
· Kirim Berita
· Pesanan Peribadi
· Topik

Hitungan Masa
Seramai
7723113
pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada
30 Nov. 2008

Ditalian
Selamat datang, Anonymous
Nama Samaran
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: zaidazainal
Hari Ini: 0
Semalam: 2
Keseluruhan: 1754

Sedang Online:
Pelawat: 34
Ahli Berdaftar: 1
Jumlah: 35

Sedang Online:
01: metsada

Rankaian Akhbar











PMR Dan STPM Wajar Dimansuhkan.
Kiriman pada Friday, July 02 @ 06:10:19 EDT oleh obey_one
Semasa amirhamzah64 menulis "Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Alasan Muhyiddin adalah kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Muhyiddin secara peribadi juga berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.



Sebagai rakyat Malaysia saya berpendapat ujian atau penilaian adalah penting untuk pengukuran kepada keberkesanan sistem atau proses pengajaran atau pembelajaran. Peperiksaan awam ialah satu peperiksaan setara diseluruh negara yang wajib diduduki oleh semua pelajar. Peperiksaan ini adalah alat pengukur atau penentu kepada keperluan kementerian dan negara.

Saya melihat, idea ini timbul adalah kerana kos atau perbelanjaan peperiksaan awam ini terlalu tinggi kerana bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan ini semakin ramai. Jikalau dahulu, sebahagian kos ditanggung oleh pelajar dengan membayar yuran peperiksaan tetapi kini dengan tiada lagi yuran peperiksaan dan yuran persekolahan maka tanggung jawab itu terletak di bahu kerajaan. Maka faktur utamanya adalah kos peperiksaan awam menjadi bebanan kepada kerajaan.

Bagi membantu kerajaan mengurangkan beban ini, sebahagian daripada kita bersetuju untuk menghapuskan peperiksaan awam UPSR dan PMR. Jika dikira kos kedua-dua peperiksaan ini, kerajaan mungkin dapat menjimatkan lebih 50% kos keseluruhan peperiksaan awam yang melibatkan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Adalah tidak begitu adil jika kita bersetuju menghapuskan UPSR dan PMR semata-mata kerana untuk menjimatkan perbelanjaan tetapi dalam masa yang sama sistem pendidikan kita menjadi caca marba.

Secara umumnya saya hanya mencadangkan agar PMR dan STPM sahaja wajar dihapuskan tetapi terus mengekalkan UPSR dan SPM. UPSR adalah alat mengukur pencapaian pelajar di peringkat rendah sementara SPM adalah pengukuran pencapaian pelajar di peringkat menengah. Pelajar rendah akan belajar selama 6 tahun dan diuji dengan UPSR sementara 5 tahun di peringkat menengah akan diuji dengan SPM.

Selepas ujian UPSR di peringkat rendah, pelajar-pelajar boleh diasingkan mengikut aliran sama ada sastera, sains, teknikal atau kemahiran apabila naik ke tingkatan 1. Tidak perlu lagi ujian khas untuk mereka bagi menentukan arah aliran dan hala tuju mereka selepas tahun 6. UPSR juga boleh dijadikan tanda aras bagi pemilihan pelajar ke asrama penuh. Setelah menerima aliran pendidikan daripada tingkatan 1, pelajar akan belajar selama 5 tahun untuk satu lagi peperiksaan yang menentukan kerjaya, pendidikan lanjutan sama ada berbentuk akademik, teknikal dan kemahiran.

Untuk mencapai keberkesanan sistem penilaian baru ini, sekolah rendah perlu diperkasakan. Masalah kemahiran membaca, menulis dan mengira mesti diselesaikan di sekolah rendah. Tidak ada lagi pelajar buta huruf di sekolah menengah.

Daripada UPSR juga kementerian sudah boleh memilih koata pelajar aliran sastera 40% dan sains 60%. Dengan tempoh pembelajaran 5 tahun dalam setiap aliran pelajar berkemungkinan lebih mahir dengan kemahiran dan pengetahuan yang diberi sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS, Institut Kemahiran atau alam kerjaya.

Dengan hanya 2 peperiksaan awam ini iaitu UPSR (Sekolah Rendah) dan SPM (Sekolah Menengah) akan memberi ruang yang lebih luas kepada guru dan pelajar untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka dalam bidang-bidang yang lain seperti seni lukis, muzik, sukan dan kebudayaan misalnya. Kita juga semakin tandus dengan penglibatan pelajar dalam drama dan teater, pengucapan awam seperti pidato, perbahasan dan perdebatan, berbalas pantun dan lain-lain. Kita juga ketandusan qari dan qariah, penulis tulisan khat dan sebagainya kerana ibubapa dan pelajar lebih menumpukan kepada tiusyen dan peperiksaan. Tidak dinafikan, pada masa ini aktiviti-aktiviti yang disebutkan ada di sekolah-sekolah tetapi tidak menjadi satu budaya pembelajaran dan pengajaran. Jika ada hanya dengan tujuan pertandingan dan sudah tentu tidak melibatkan keseluruhan pelajar.

Dalam masa yang sama, bidang sukan dapat dimajukan terutama dengan saranan menteri pelajaran agar 'seorang pelajar satu sukan'. Tanpa terlalu merisaukan tentang peperiksaan, pelajar boleh melibatkan secara aktif dalam sukan. Cuma kerajaan perlu memberhentikan membina bangunan baru sekolah di kawasan padang sekolah kerana kebanyakan sekolah hari ini terpaksa mengorbankan tanah kawasan padang untuk pembinaan bangunan tambahan sekolah yang baru.

Selain daripada sistem peperiksaan yang perlu dikaji semula, suka saya mencadangkan agar sistem pendidikan secara keseluruhan juga sudah boleh dibuat pengubahsuaian atau dirombak berdasarkan kepada sistem peperiksaan yang telah diubah. Pengiktirafan tidak seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi pelajar yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang bukan akademik juga perlu diberi perhatian. Misalnya dalam bidang kesenian dan kebudayaan, pertukangan, pertanian, bahasa dan penulisan, sukan, permotoran , keusahawanan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja boleh mengilap bakat mereka tetapi boleh meneruskan pengajian secara formal sehingga boleh menjadi kerjaya hidup mereka. Mereka ini tidak hanya bergantung harap bekerja dengan kerajaan dan swasta semata-mata tetapi boleh berusaha sendiri untuk meneruskan kehidupan berdasarkan bakat dan kemahiran yang ada.

Pada umumnya sistem peperiksaan sudah wajar dinilai semula tetapi untuk jangkamasa panjang sistem pendidikan keseluruhannya juga perlu dirombak kerana sistem yang ada pada hari ini telah menghakiskan bakat-bakat semula jadi manusia Malaysia kerana tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya seperti mana mereka yang cemerlang di dalam bidang akademik.

Amir Hamzah
Batu Pahat."

 
Pautan Berkaitan
· Lagi mengenai Semasa
· Artikel Oleh obey_one


Artikel yang sering dibaca berkenaan Semasa:
Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah


Penilaian Artikel
Markah Purata: 0
Undian: 0

Sila luangkan sedikit masa untuk mengundi artikel ini:

Cemerlang
Sangat Bagus
Baik
Sederhana
Teruk



Pilihan

 Paparan Untuk Percetakan  Paparan Untuk Percetakan

 Kirim Artikel ini kepada Rakan  Kirim Artikel ini kepada Rakan


Topik Berkaitan

Semasa

Segala komen di sini adalah hakmilik penghantar. Pihak pentadbir tidak bertanggungjawab bagi segala isi yang terkandung di dalamnya. Harap maklum.

Tetamu Biasa tidak dibenarkan memberi komen, sila daftar

Re: PMR Dan STPM Wajar Dimansuhkan. (Markah: 1)
oleh tempur pada Friday, July 02 @ 06:33:30 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan)
Saya berpendapat, kalau pun UPSR itu hendak dimansuhkan, ianya perlulah digantikan dengan sistem penilaian yang lebih holistik dan menyeluruh...sistem pendidikan di negara kita adalah terlalu exam oriented yang hanya menekankan kepada aspek intelek semata2 dan kurang penekanan kepada 4 lagi aspek yang terdapat di dlm Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan so:)...seharusnya nilai2 seperti disiplin, keyakinan diri, keterampilan diri dan sebagainya perlu juga dijadikan unsur2 yang perlu dinilai di dalam sistem penilaian...just my humble thought...



Re: PMR Dan STPM Wajar Dimansuhkan. (Markah: 1)
oleh dumbledore (dumbledore@gmail.com) pada Saturday, July 03 @ 14:18:29 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan)
aku cadang diusahakan satu kajian menyeluruh sistem pendidikan di negara ini dan hasilnya dikeluarkan mcm Laporan Rahman Talib... bukan main-main pandangan-pandangan peribadi menteri je... setiap kali tukar menteri, tukar dasar... tukar menteri tukar cara.... last-last budak2 jadi pening....



Re: PMR Dan STPM Wajar Dimansuhkan. (Markah: 1)
oleh Comel pada Monday, August 16 @ 03:39:13 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan)
Bagi saya, PMR kalau dimansuhkan OK sebab tak kira lulus ke gagal ke, tetap masuk Form 5 untuk kebanyakan sekolah (tak macam sekolah saya yang cuma membenarkan mereka yang lulus PMR untuk meneruskan pelajaran mereka di sekolah itu).

Tapi, kalau UPSR dimansuhkan... saya tak setuju. Sebab: Bila dah banyak peperiksaan ini pun Students malas nak belajar, kalau dimansuhkan lagi teruk la! Ataupun dimansuhkan UPSR tapi digantikan dengan penilaian yang lain.




Re: PMR Dan STPM Wajar Dimansuhkan. (Markah: 1)
oleh alchemistz pada Thursday, August 19 @ 11:38:26 EDT
(Maklumat ahli | Hantar Pesanan)
jgn batalkan pmr dan stpm. aku bersusah dulu dan aku nak keturunan aku pun belajar lagi banyak




Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com

Kelabchedetcom Ilhamcipta oleh KCD Web Team