Halaman UtamaAkaun Tun Dr Mahathir PUISI Forum  Daftar Masuk
Che Det


"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

_____________________


Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Dr Mahathir Mohamad


Untuk membeli tiket online sila klik disini

_____________________


TOLAK PEMBANGKANG


_____________________


GALERI KELAB CHE DET GALERI Beri sokongan anda pada Kelab Che Det dot Com.
_____________________


DILEMA MELAYU Buku Dilema Melayu Karya Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca dalam format PDF klik disini untuk membaca dalam format HTML
_____________________


MEMORANDUM KEPADA MIC Memorandum Kepada Parti MIC


Transkrip Ucapan
YABhg Tun. Dr. Mahathir
Ucapan

DAFTAR UMNO
DAFTAR
Berminat menjadi ahli UMNO? sila daftar secara Online disini.Mudah dan cepat.



Modul
· Laman Utama
· Akaun Anda
· Capaian Berita
· Forum
· Kandungan
· Kirim Berita
· Pesanan Peribadi
· Topik

Hitungan Masa
Seramai
7712915
pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada
30 Nov. 2008

Ditalian
Selamat datang, Anonymous
Nama Samaran
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terbaru: lynnda
Hari Ini: 1
Semalam: 2
Keseluruhan: 1753

Sedang Online:
Pelawat: 27
Ahli Berdaftar: 4
Jumlah: 31

Sedang Online:
01: nordin
02: beruang_putih
03: masterpiece
04: tarabulsi

Rankaian Akhbar











KelabCheDet.Com: Forums

Kelabchedet.com :: View topic - Perlukah PAS dan UMNO bersatu???
PERINGATAN:
Dengan tindakan anda mengapungkan tulisan dan/atau gambarfoto di forum ini, anda sudah bersetuju dan menerima terma forum ini, iaitu anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua tulisan dan/atau gambarfoto yang anda apungkan itu. Semua tulisan dan/atau gambarfoto seperti yang diapungkan para pengunjung tidak mewakili pendirian/pandangan/dasar pemilik forum ini.

Soaljawab forumSoaljawab forum   CarianCarian   Kumpulan AhliKumpulan Ahli
ProfailProfail   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log masukLog masuk 

Perlukah PAS dan UMNO bersatu???
Pergi ke 1, 2  seterusnya
 
Tulis Topik Baru   Balas topik    Halaman Forum -> Politik Tanah Air
View previous topic :: View next topic  
Penulis Pesanan
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 2:04 pm    Post subject: Perlukah PAS dan UMNO bersatu??? Balas dengan quote

Jika soalan ini ditanyakan kepada saya, terus terang saya kata “tidak perlu” (bukannya “tidak boleh”). Bila saya kata “tidak perlu” itu tidak pula bermakna saya tidak suka melihat orang-orang Melayu bersatu tetapi mengharapkan PAS dan UMNO bersatu ketika ini nampaknya lebih kepada retorik daripada praktik.

Pada pendapat saya, PAS dan UMNO masih boleh bermufakat atau bersependapat dalam banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam, namun kedua-duanya perlulah duduk bertentangan meja dalam berkerjasama memelihara kepentingan Melayu dan Islam melalui agenda politik masing-masing.

Jika PAS dan UMNO bersatu menjadi satu parti, itu bermakna orang Melayu sudah tidak mempunyai lagi pilihan dan terpaksa memilih hanya satu parti ini saja biar seburuk mana prestasi parti itu tunjukkan. Bila sudah tidak ada “check and balance”, maka mudahlah berlakunya penyelewengan kerana parti ini akan “take for granted” yang mereka akan tetap dipilih oleh orang Melayu kerana orang Melayu sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Jika orang Melayu terpaksa juga membuat pilihan bermakna parti alternatif yang mereka pilih itu nanti bukan lagi parti Melayu. Ini bermakna jika PAS dan UMNO bersatu, polar politik kita akan menjurus kepada “orang Melayu lawan dengan orang bukan Melayu”. Keadaan ini sudah tentu tidak sihat diamalkan dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Sebab itu pada pendapat saya, PAS dan UMNO perlu jadi kuat dan menerajui gagasan politik mereka masing-masing. Ini bermakna jika BN menang, orang Melayu masih menguasai politik negara kerana UMNO masih menerajui BN. Begitu juga jika PR menang, orang Melayu masih menjadi peneraju melalui PAS.

Tetapi apakah PAS mampu menjadi peneraju kepada PR bila kepimpinan mereka itu dibayangi oleh nafsu serakah Anwar Ibrahim yang ingin menjadi PM itu??? Bolehkah PAS diterima oleh rakan-rakan bukan Melayu mereka seperti mana UMNO bila agenda Islam PAS sentiasa dipersoalkan oleh rakan-rakan mereka yang bukan Islam itu???

Hari ini UMNO hanya memprovokasi PAS dengan ungkapan “bersatu” dan PAS pula menyambutnya dengan hanya mahu berbicara tentang hubungan “kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan” terutama tentang isu royalty minyak. Ini sudah tentu akan menjadi penghalang untuk mereka berbincang apa lagi mahu bersatu dalam soal politik. Bila sesuatu itu dimulakan dengan agenda yang tidak ikhlas, sudah tentu jawapannya juga akan jadi tidak ikhlas.
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
kudahitam
Setiausaha
Setiausaha


Menyertai: Nov 30, 2008
Kirim: 2763

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 2:42 pm    Post subject: Balas dengan quote

hehe...samada umno atau pas bersatu..itu hal yg boleh dibincangkan kedian..yang menjadi masalah sekarang adalah perbalahan yg tiada kesudahan antara pas dan umno membuatkan melayu makin hampir ke hujung tanduk!!

hehe...meski pun tidak bersatu..umno dan pas perlu redakan sikit politing yang nyata telah rugikan kepentingan melayu/islam di tanah tumpah bansa melayu ini!!

hehe...malang nya...terlalu sukar untuk jumpa titik pertemuan antara pas dan umno..bila pas sering membuat syarat yang bukan2...termasuklah mendakwa konon nya dasar umno yg tidak selaras dengan pas hingga pas menolak pemuafakatan umno-pas!!!

hehe cuma aku nak tanya..apakah dasar dap dan pkr itu selaras dengan pas hingga sanggup berpeluk2kan dengan mereka???

hehe hidup melayu!!
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 3:09 pm    Post subject: Balas dengan quote

kudahitam wrote:
hehe...samada umno atau pas bersatu..itu hal yg boleh dibincangkan kedian..yang menjadi masalah sekarang adalah perbalahan yg tiada kesudahan antara pas dan umno membuatkan melayu makin hampir ke hujung tanduk!!

hehe...meski pun tidak bersatu..umno dan pas perlu redakan sikit politing yang nyata telah rugikan kepentingan melayu/islam di tanah tumpah bansa melayu ini!!

hehe...malang nya...terlalu sukar untuk jumpa titik pertemuan antara pas dan umno..bila pas sering membuat syarat yang bukan2...termasuklah mendakwa konon nya dasar umno yg tidak selaras dengan pas hingga pas menolak pemuafakatan umno-pas!!!

hehe cuma aku nak tanya..apakah dasar dap dan pkr itu selaras dengan pas hingga sanggup berpeluk2kan dengan mereka???

hehe hidup melayu!!


heheheehe, soalan cepu mas !!!

Sudah tentu mereka mempunyai dasar yang berbeza tetapi yang menyatukan mereka adalah musuh mereka, jadi musuh yang sama inilah menjadi punca mereka bersatu dan bersedia untuk berkerjasama hingga sangup berpeluk-pelukkan.

Nik Aziz sanggup cium pipi syaitan jika syaitan tu mengaku nak bantu dia menjatuhkan UMNO Laughing Laughing
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
mentiga



Menyertai: Dec 07, 2008
Kirim: 511

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 6:41 pm    Post subject: Balas dengan quote

Quote:
ika soalan ini ditanyakan kepada saya, terus terang saya kata “tidak perlu”


Saya setuju dengan pernyataan diatas itu tetapi bersandarkan faktor yang berbeza.

Dalam keadaan separuh nyawa ini pun Umno masih tergamak menipu rakyat.

Harga gula naik dikatanya harga gula diselaraskan.

Harga gula dinaikkan kata Najib untuk memotong subsidi bagi mengurangkan beban kerajaan tetapi Mustafa Mohamad dan Awang Adek kata untuk mencegah penyeludupan ke Thailand kerana harga sekilo gula di sana ialah RM2.50.

Apa lagi bila Umno disokong oleh Pas, kepada siapa lagi orang Melayu nak mengadu?

Kepada MCA? atau MIC? atau DAP?
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
bakhtiar



Menyertai: Mar 22, 2009
Kirim: 711

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 7:36 pm    Post subject: Balas dengan quote

Quote:
Dalam keadaan separuh nyawa ini pun Umno masih tergamak menipu rakyat.

Harga gula naik dikatanya harga gula diselaraskan.




ekeke...macam di TKO je..dorang kata kerajaan gunakan media menambahbaikan susunan kata2.....ekekek....betul la tu gamaknya....

Pembangkang ni kalu ahli Agama yang memberi buah fikiran yang menyegerakan supaya berbaik2 antara UMNO dan PAS mereka kata inilah lembunya UMNO...UMNO ni dorang pandang benda yang jijik...kerana oleh kata2 NIK Aziz tu...

Kalu Ustaz/ulama sendiri menolak berbaik2 sesama Islam
1.jangan salahkan mubaligh kristian yang dapat memikat mereka yang didalam dilema..
2.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati mereka yang tidak mempunyai rumah..
3.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati mereka yang kembali kepanggal jalan HIV positif..
3.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati pelacur...
4.jangan salahkan media menggemburkan isu murtad di Malaysia...
5.etc

Ade orang PAS menyalahkan TUN M yang merupakan sebab kenapa orang melayu Islam menjadi rosak....tidakkah Melayu Pas ini sedar
mereka telah lama rosak akibat politik sempit mereka sendiri...selama lebih 50 tahun kita merdeka dimana dimana darjat Islam itu PAS letak...?
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 7:52 pm    Post subject: Balas dengan quote

bakhtiar wrote:
Quote:
Dalam keadaan separuh nyawa ini pun Umno masih tergamak menipu rakyat.

Harga gula naik dikatanya harga gula diselaraskan.


ekeke...macam di TKO je..dorang kata kerajaan gunakan media menambahbaikan susunan kata2.....ekekek....betul la tu gamaknya....

Pembangkang ni kalu ahli Agama yang memberi buah fikiran yang menyegerakan supaya berbaik2 antara UMNO dan PAS mereka kata inilah lembunya UMNO...UMNO ni dorang pandang benda yang jijik...kerana oleh kata2 NIK Aziz tu...

Kalu Ustaz/ulama sendiri menolak berbaik2 sesama Islam
1.jangan salahkan mubaligh kristian yang dapat memikat mereka yang didalam dilema..
2.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati mereka yang tidak mempunyai rumah..
3.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati mereka yang kembali kepanggal jalan HIV positif..
3.jangan salahkan mubaligh kristian mendekati pelacur...
4.jangan salahkan media menggemburkan isu murtad di Malaysia...
5.etc

Ade orang PAS menyalahkan TUN M yang merupakan sebab kenapa orang melayu Islam menjadi rosak....tidakkah Melayu Pas ini sedar
mereka telah lama rosak akibat politik sempit mereka sendiri...selama lebih 50 tahun kita merdeka dimana dimana darjat Islam itu PAS letak...?


Pemimpin-pemimpin PAS terpaksa guna gelaran "Ustaz", "Tok Guru" dan "Ulamak" semata-mata untuk mengelakkan diri mereka daripada dimaki hamun oleh penyokong mereka sendiri. Mereka menggunakan gelaran-gelaran ini sama seperti mereka menyalahgunakan istilah"Islam" pada parti mereka. Gelaran-gelaran ini akan buat penyokong mereka jadi serba salah untuk menghentam mereka sekali pun mereka buat salah kerana takut dituduh menghina Islam pulak.

Mereka kata, siapa yang mengaku diri mereka Islam tidak boleh menolak perjuangan Islam, wajib menyokong parti mereka yang hendak menegakkan negara Islam. Jadi pemimpin-pemimpin mereka itu adalah waris kepada tugas-tugas nabi yang hendak menegakkan syiar Islam di negara ini. Jadi, jangan aibkan pemimpin mereka jika pemimpin mereka ini buat salah.

Sebab itu penyokong PAS tak kata apa-apa pun bila Nik Aziz keluar fatwa yang PAS boleh berkawan dengan syaitan asalkan syaitan itu bersetuju berkerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Sebab tu penyokong PAS sekarang sudah tidak jauh beza dengan syaitan sebab mereka ini sudah menjadi pengikut syaitan dek kerana taksubnya mereka terhadap Nik Aziz, Tuan Guru besar mereka tu.
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
mentiga



Menyertai: Dec 07, 2008
Kirim: 511

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 8:01 pm    Post subject: Balas dengan quote

Laughing Laughing Laughing Laughing

Betul la tu......

Nanti kalu Umno dan Pas bergabung lagi teruk rakyat kena lanyak......takdak sapa dah yang nak bantai kerajaan.

Brahim Perkasa pun masa tu dah jadi menteri kot?

Masa tu agaknya rakyat terpaksalah mengadu kat syaitan....... Laughing Laughing Laughing Laughing
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 8:25 pm    Post subject: Balas dengan quote

mentiga wrote:
Laughing Laughing Laughing Laughing

Betul la tu......

Nanti kalu Umno dan Pas bergabung lagi teruk rakyat kena lanyak......takdak sapa dah yang nak bantai kerajaan.

Brahim Perkasa pun masa tu dah jadi menteri kot?

Masa tu agaknya rakyat terpaksalah mengadu kat syaitan....... Laughing Laughing Laughing Laughing


Mustahil PAS nak bersatu dengan UMNO, bersatu dengan UMNO bermakna PAS akan duduk dibawah naungan UMNO.

PAS sebenarnya tahu UMNO sengaja membuat provokasi kononnya ingin bersatu dengan PAS tetapi dengan harapan PAS akan menolak pelawaan UMNO ini. Bilah PAS menolak pelawaan UMNO ini, mudahlah UMNO menuduh PAS sebagai parti yang hanya mementingkan diri sendiri kerana menolak pelawaan perpaduan dari UMNO.

Nik Aziz dan sekutu-sekutunya dah mahir benar dengan “muslihat perpaduan” UMNO ini, sebab tu Nik Aziz pun pandai, kali ni dia tak tolak UMNO terus, kata Nik Aziz, jika UMNO berhajat benar nak jumpa PAS, UMNO kenalah berbincang pasal wang royalty yang UMNO sengaja ubah istilah kepada wang ehsan itu supaya semua orang Melayu di Kelantan tak kira PAS atau UMNO dapat merasa wang kepunyaan negeri mereka itu. Syarat Nik Aziz ni saja sudah cukup buat Najib terkedu…. Laughing Laughing Laughing
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
mentiga



Menyertai: Dec 07, 2008
Kirim: 511

KirimKiriman: Mon Jul 19, 2010 11:04 pm    Post subject: Balas dengan quote

Quote:
kata Nik Aziz, jika UMNO berhajat benar nak jumpa PAS, UMNO kenalah berbincang pasal wang royalty yang UMNO sengaja ubah istilah kepada wang ehsan itu supaya semua orang Melayu di Kelantan tak kira PAS atau UMNO dapat merasa wang kepunyaan negeri mereka itu. Syarat Nik Aziz ni saja sudah cukup buat Najib terkedu…


yaah...yaah......

Baru teringat...

Dulu....wang royalti ...jadi wang ehsan .....

Sekarang....Harga barang dinaikkan ...berubah jadi...harga barang diselaraskan ..... Laughing Laughing Laughing Laughing
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
gie7



Menyertai: Dec 07, 2008
Kirim: 728

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 10:23 am    Post subject: Balas dengan quote

mungkin kita takleh guna perkataan bersatu antara UMNO dengan pas ni...nikajis anti perkataan tu..mungkin perlu tukar perkataan bermesyuarat dengan antara 2 parti ini...bersatu mungkin sukar untuk berlaku...

perkataan arab skit musyawarah pun mungkin ada menimbulkan minat kepada orang pas...tak perlu bersatu buat sementara ini cukup dengan mesyuarat yang agak kerap untuk beberapa isu yang membabitkan Melayu dan Islam..sekadar mesyuarat untuk mencari konsesus bersama..

mungkin untuk permulaan, itu adalah memadai
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 3:17 pm    Post subject: Balas dengan quote

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob kata, kalau UMNO teringin sangat nak melihat orang-orang Melayu bersatu, beliau dengan senang hati menjemput UMNO duduk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat. Kata Salahuddin, UMNO tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.

Katanya lagi, tidak ada guna lagi bagi UMNO terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan, Menurut Salahuddin, UMNO juga perlu buang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.

Manakala orang kuat PKR, Zaid Ibrahim pula kata UMNO terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka. Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.

Aku tak tahulah apa rasa pemimpin-pemimpin UMNO yang sering dipersenda-sendakan oleh PAS ini tetapi betullah kata Nik Aziz, PAS sekarang kelihatan seperti anak dara yang cantik molek dan UMNO pula seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, kerana nampaknya PAS hari ini pasti lebih bergaya daripada UMNO hingga UMNO bergitu tergila-gilakan PAS sekarang.

Tujuan UMNO bercakap tentang “perpaduan Melayu” ini adalah untuk memberi persepsi buruk kepada PAS kononnya PAS yang menolak “perpaduan Melayu” ini. UMNO sudah menjangka PAS akan menolak pelawaan UMNO tentang “perpaduan Melayu” ini. Sebenarnya “modal perpaduan” UMNO itu sudah tidak laku lagi, kerana semakin UMNO minta berpadu dengan PAS semankin senang UMNO dilhina. Mana letaknya maruah pemimpin-pemimpin UMNO yang mendapat penghinaan percuma PAS ini??? Apakah UMNO fikir rakyat akan bersempati dengan UMNO kerana ditolak PAS???

UMNO sebenarnya patut ambil kira dan menghormati usaha-usaha Najib yang mahu mengubah minda politik rakyat yang hari ini hanya menjurus untuk menjaga kepentingan kaum masaing-masing saja. Corak atau minda politik perkauman seperti ini sebenarnya tidak begitu sihat dalam negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia ini. Jika satu bangsa dilihat berada ditempat yang selesa, itu akan mengundang rasa cemburu bangsa lain untuk bersaing dengan bangsa yang dilihat selesa itu.

Bayangkan jika MCA dan Gerakan pula yang mengajak DAP bersatu demi untuk “perpaduan Cina”, apa pula rasa pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu???? Sekarang ni UMNO perlu terima hakikat bahawa hubungan antara parti-parti komponen BN sendiri pun tidak begitu baik lebih-lebih lagi untuk menghadapi pembangkang dalam piliharaya akan datang, kenapa tidak diperbaiki dulu hubungan dalam BN ini sebelum terhegeh-hegeh nak ajak PAS bersatu??? Padanlah UMNO senang dihina rupa-rupanya pemimpin UMNO sendiri tak tahu malu kerana terhegeh-hegeh tergila-gilakan PAS…..

Quote:
PAS pelawa Umno sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 20 Julai: PAS mempelawa Umno menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin Umno seharusnya bersedia untuk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat bagi menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan kaum.
Baginya, Umno tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.

“Tidak ada guna lagi bagi Umno terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Padang Terap bersama Masjid Kota Damansara dan Tabung Kebajikan al-Masakin Padang Terap di pekarangan masjid itu, malam tadi. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Umno juga perlu membuang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.

“Jika benar dan ikhlas pemimpin Umno mahu membela Melayu dan Islam serta mewujudkan perpaduan kaum dan membela rakyat, maka adalah wajar mereka menyertai Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, agenda perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh BN selama ini tanpa mengira kaum, agama dan anutan politik.

Mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dan parti perkauman Melayu itu, beliau menegaskan bahawa kemungkinan ada ‘jerangkap samar’ di sebaliknya.

PAS, katanya, sentiasa berwaspada dengan apa jua tindakan Umno itu kononnya bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.


Quote:
Umno sudah terlalu terdesak — Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (gambar) dalam blognya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.


_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 7:24 pm    Post subject: Balas dengan quote

Kalau benarlah UMNO mahu mengajak orang-orang Melayu bersatu menyokong UMNO, ajak sajalah orang-orang Melayu yang tidak berparti atau yang berdiri diatas pagar itu untuk terus menyokong UMNO, tak payahlah buang masa bermain politik dengan orang-orang PAS yang sudah pastinya akan tetap taat setia bersama pakatan mereka.

Tak payahlah berretorik tentang “perpaduan Melayu” pulak, sedangkan Allah sendiri pun tidak menghalang kita daripada mempunyai fahaman yang berbeza-beza sesama kita, ini kan pulak fahaman politik yang hanya jadi mainan manusia yang ingin mengekalkan kuasa mereka di dunia saja.

Hari ini Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim dengan bangga dan bergayanya menjulang genggaman erat tangan mereka keatas dihadapan penyokong mereka sebagai tanda sumpah setia mereka untuk menhadapi musuh bersama mereka dan sama-sama berazam untuk menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi lain pulak halnya dengan komponen-komponen Barisan Nasional, masing-masing nampaknya masih sibok dengan perjuangan politik mereka yang sempit itu, UMNO masih terhegeh-hegeh ingin mengorat sokongan PAS atas nama “perpaduan Melayu”, MCA pula mahu mengagong-agongkan pemimpin Cina hatta pemimpin DAP sekali pun sebagai mentor kaum Cina untuk menunjukkan lambang kuasa politik Cina di negara ini, MIC pula lebih rela berpakat dengan pemimpin-pemimpin dari parti Kongres yang berada nun jauh di benua India sana atas semangat satu bangsa mereka itu.

Apakah UMNO benar-benar percaya bahawa orang-orang Melayu hanya perlu bersatu-padu sesama Melayu saja dengan hasrat untuk menentang kaum bukan Melayu yang hari ini mereka masih dianggap sebagai bangsa pendatang walau pun mereka sudah menjadi warganegara ini sejak mereka lahir di dunia lagi??? Jika itu yang UMNO fikirkan, maka tidak hairanlah bila ada orang-orang Melayu sendiri yang menuduh agenda UMNO sebagai punca 13 Mei berlaku, seperti kita mengesahkan tuduhan Kit Siang yang disokong oleh Nazri itu bahawa UMNOlah yang mendidik orang Melayu supaya bersifat perkauman (melalui kursus BTN) semata-mata untuk UMNO terus kekal berkuasa tampa melihat realiti dan keadaan Malaysia hari ini.

Adakah UMNO lupa bagaimana perasaan rakan-rakan bukan Melayu mereka dalam BN bila UMNO lebih mengutamakan parti pembangkang PAS dari menjaga hati rakan-rakan UMNO sendiri semata-mata kerana PAS itu Melayu??? Bagaimana pula perasaan orang-orang Melayu bila melihat MCA dan Gerakan mengajak DAP bersatu-padu untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama mereka pula??? Adakah kita mahu politik di negara ini terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian terdiri dari parti untuk orang Melayu saja khusus untuk melawan satu lagi bahagian yang terdiri dari parti untuk bukan Melayu pula, jika itu keadaannya yang kita pilih sekarang bermakna negara kita ini seperti ibarat pecah menanti belah, adakah itu yang kita mahu sekarang???
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
bakhtiar



Menyertai: Mar 22, 2009
Kirim: 711

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 7:45 pm    Post subject: Balas dengan quote

hehe...pada aku la..itu gunanya 'dominan' , kedudukan kita sentiasa kena mendahului..dalam BN pun semestinya, MCA, MIC kena hormati UMNO..Keputusan UMNO untuk bersatu/mempunyai ikatan/bekrjasama samada langsung atau tidak langsung selagi tidak menjejaskan mana-mana parti yang ada dalamnya pada aku atas dasar setia kawan MCA, MIC kena hormati...
begitu juga sekiranya MCA berjaya mendokong wadah rakyat, bangsa cina akan menyokong mereka..HATTA DAP pun akan tukar tajuk parti dan sokong MCA sekiranya sesuai dengan semangat mereka..namun begitu aku percaya itu tidak akan terjadi...sebabnya DAP adelah parti perkauman jitu..Bongkak, sombong, lupa diri,etc

UMNO bukan bodoh pada aku..sekiranya kerjasama terjalin bukannya menjejaskan mana2 komponen...ekeke...kita kena faham kenapa dan apa tujuannya perpaduan secara simbolik/gabungan itu yang dicari...pada aku PAS tidak payah tukar tajuk Parti...cukup hanya persefahaman yang mana memberi jaminan kuasa Melayu Islam tidak dirogol oleh Cina, India, Singh, Melayu Anwar Biawak...

aku percaya sedikit persefahaman sudah memadai untuk sekian kali ini....kekeke
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Nordin



Menyertai: Dec 06, 2008
Kirim: 5532

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 8:05 pm    Post subject: Balas dengan quote

bakhtiar wrote:
hehe...pada aku la..itu gunanya 'dominan' , kedudukan kita sentiasa kena mendahului..dalam BN pun semestinya, MCA, MIC kena hormati UMNO..Keputusan UMNO untuk bersatu/mempunyai ikatan/bekrjasama samada langsung atau tidak langsung selagi tidak menjejaskan mana-mana parti yang ada dalamnya pada aku atas dasar setia kawan MCA, MIC kena hormati...
begitu juga sekiranya MCA berjaya mendokong wadah rakyat, bangsa cina akan menyokong mereka..HATTA DAP pun akan tukar tajuk parti dan sokong MCA sekiranya sesuai dengan semangat mereka..namun begitu aku percaya itu tidak akan terjadi...sebabnya DAP adelah parti perkauman jitu..Bongkak, sombong, lupa diri,etc

UMNO bukan bodoh pada aku..sekiranya kerjasama terjalin bukannya menjejaskan mana2 komponen...ekeke...kita kena faham kenapa dan apa tujuannya perpaduan secara simbolik/gabungan itu yang dicari...pada aku PAS tidak payah tukar tajuk Parti...cukup hanya persefahaman yang mana memberi jaminan kuasa Melayu Islam tidak dirogol oleh Cina, India, Singh, Melayu Anwar Biawak...

aku percaya sedikit persefahaman sudah memadai untuk sekian kali ini....kekeke


Aku pun percaya UMNO bukan saja-saja buat bodoh nak ajak PAS tampa ada agenda yang tersembunyi dan PAS jugak tidak bodoh saja-saja nak termakan dengan ajakan UMNO itu, aku cuma bimbang bila ada rakan-rakan UMNO yang sedia ada menyinpan rasa syak wangsaka terhadap agenda Melayu UMNO itu lalu mempersoalkan keikhlasan UMNO yang dikatakan ingin berubah menjadi parti yang mesra rakyat itu. Aku bimbang mereka akan menuduh Najib bercakap bohong menguar-uarkan agenda satu Malaysia tapi dalam masa yang sama UMNO masih lagi mengutamakan agenda Melayu hingga rela dihina oleh PAS semata-mata untuk menjadi jaguh perpaduan Melayu. Takut nanti sokongan kaum Cina dan India yang diharapakn melalui gagasan 1Malaysia itu tak dapat, sokongan Melayu atas nama perpaduan Melayu pun ditolak oleh kebanyakkan pengundi Melayu nanti. UMNO juga yang akan kehilangan sokongan dari kedua-duanya nanti, yang dikendung pun berciciran yang dikejar juga pun tak dapat.
_________________
Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
bakhtiar



Menyertai: Mar 22, 2009
Kirim: 711

KirimKiriman: Tue Jul 20, 2010 9:02 pm    Post subject: Balas dengan quote

pada aku perpaduan Melayu Islam kita kena jelas...bak kata Tan Sri Harussani..Melayu berpecah maka secara tak langsungnya tanpa kita sedari Islam juga akan berpecah....kena hayati maksudnya secara mendalam...

1Malaysia pada aku,secara sinisnya aku sudah tangkap maksudnya melalui pemahaman aku, pandangan aku, persepsi aku,

dari kata dasarnya Muhyiddin pun sudak menjelaskan maksudnya...Melayu tetap melayu dan diutamakan...namun pengagihan isi dalam negara ada 'mekasime tertentu'...pada aku Najib masih tidak boleh lari dari Bayang2 Tun Mahathir...dan apa yang Tun utarakan baru2 ini aku percaya amat perlu diperhalusi oleh DSN sendiri...Kena ADIL...

Aku percaya proses ASIMILASI ini akan diterapkan oleh kedua pemimpin tertinggi BN ini...

ekekke
Kembali ke atas
View user's profile Send private message
Papar kiriman sebelum:   
Tulis Topik Baru   Balas topik    Halaman Forum -> Politik Tanah Air Hitungan zon masa didalam GMT + 8 Jam
Pergi ke 1, 2  seterusnya
Halaman 1 dari 2

 
Langkau:  
Anda Tidak boleh kirim topik baru
Anda Tidak boleh membalas
Anda Tidak boleh menyunting
Anda Tidak boleh Memadam
Anda Tidak boleh Mengundi

Dijana oleh phpBB 2.0.10 © Kumpulan phpBB

Version 2.1


Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com

Kelabchedetcom Ilhamcipta oleh KCD Web Team