Seramai 7712873 pengunjung telah melawati halaman web ini sejak dibuka pada 30 Nov. 2008
Ditalian
Rankaian Akhbar
KelabCheDet.Com: Forums
Kelabchedet.com :: View topic - TAHNIAH BUAT WARGA GURU
PERINGATAN: Dengan tindakan anda mengapungkan tulisan dan/atau gambarfoto di forum ini,
anda sudah bersetuju dan menerima terma forum ini, iaitu anda bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas semua tulisan dan/atau gambarfoto yang anda apungkan itu. Semua tulisan dan/atau
gambarfoto seperti yang diapungkan para pengunjung tidak mewakili pendirian/pandangan/dasar
pemilik forum ini.
Kiriman: Wed Jul 28, 2010 1:37 pm Post subject: TAHNIAH BUAT WARGA GURU
wak ingin ucapkan tahniah kepada warga guru "SELAMAT BERPOLITIK"
Quote:
Guru dibenar berpolitik
KUALA LUMPUR 27 Julai – Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.
Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tambah beliau, tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
‘‘Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,’’ kata Mohd. Sidek.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. – BERNAMA
Sepatutnya, kita tidak perlu melarang mana-mana profession pun untuk melibatkan diri dalam politik asalkan mereka tahu batasan tugas masing-masing. Adakah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ini hanya membenarkan guru-guru terlibat dalam parti-parti kompinen Barisan Nasional saja?? Apakah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran boleh berlaku adil kepada guru-guru yang memilih mahu melibatkan diri dengan parti pembangkang sedangkan beliau harus menggalakkan kakitangan kerajaan menyokong dasar-dasar kerajaan???
Dulu guru dilarang melibatkan diri dalam politik kerana ada juga diantara mereka ini codong menyokong pembangkang. Walaupun kegiatan mereka ini tidaklah seaktif guru di zaman dulu yang hampir kesemuanya menyokong UMNO, tidak dinafikan larangan yang dikenakan keatas guru ini telah sedikit sebanyak menjejaskan kegiatan guru-guru yang setia menyokong UMNO, namun kebenaran baru ini juga tidak boleh menghalang guru-guru ini untuk menyokong kegiatan parti pembangkang. Untuk itu senanglah bagi mereka mendakwa yang diri mereka telah didiskriminasikan kerana tidak dikenaikan pangkat atas sebab menyokong parti pembangkang.
Jika kita mahu pelajar kita menumpu perhatian mereka terhadap pelajaran, tumpuan pelajar ini harus ditimbal balas dengan perhatian yang sama dari guru-guru yang mendidik mereka itu. Isu beri kebenaran atau tidak, sepatutnya tidak timbul kerana kegiatan politik itu sudah semestinya perlu dilakukan diluar dari jangka masa pengajaran guru-guru ini dan mereka tidak memerlukan kebenaran untuk itu jika kegiatan mereka itu tidak pernah menjejaskan tugas mereka sebagai guru.
Untuk itu, tiada apa yang perlu ditahniahkan. _________________ Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
ape pun yang abg nordin perkatakan diatas wak tak nak komen.
kalau tahniah wak ni tak harus diucapkan, setidaknya ucapan tahniah ini wak tujukan kepada seorang guru (sahabat wak) yang telah dihalangan, diberi kata dua sehinggakan ditegur oleh ppd, pengarah JPSnya sendiri.
mereka kata "jgn lah bertanding, jgn lawan pak menteri"
ini belaku pada pemilihan ketua pemuda umno tanjong karang 2008, calon - cikgu azli telah diperlakukan seperti diatas - hanya kerana ketua bahagian Noh Omar (timbalan menteri pelajaran) mahukan pegawai khasnya ust khir menjadi ketua pemuda.
bukankah sepatutnya bila dah menang Ketua Pemuda baru mohon pada pengarah untuk pegang jawatan tersebut - kalau tak dibenarkan maka terpaksa lah pilih antara dua politik atau kerjaya
ape pun yang abg nordin perkatakan diatas wak tak nak komen.
kalau tahniah wak ni tak harus diucapkan, setidaknya ucapan tahniah ini wak tujukan kepada seorang guru (sahabat wak) yang telah dihalangan, diberi kata dua sehinggakan ditegur oleh ppd, pengarah JPSnya sendiri.
mereka kata "jgn lah bertanding, jgn lawan pak menteri"
ini belaku pada pemilihan ketua pemuda umno tanjong karang 2008, calon - cikgu azli telah diperlakukan seperti diatas - hanya kerana ketua bahagian Noh Omar (timbalan menteri pelajaran) mahukan pegawai khasnya ust khir menjadi ketua pemuda.
bukankah sepatutnya bila dah menang Ketua Pemuda baru mohon pada pengarah untuk pegang jawatan tersebut - kalau tak dibenarkan maka terpaksa lah pilih antara dua politik atau kerjaya
Mungkin kita melihat isu ini dari sudut yang berbeza. Isu ini saya ulas dari aspek, sama ada wajar atau tidak guru bergiat dalam politik. Sebenarnya, sebagai warganegara, setiap individu seharusnya diberi kebebasan untuk bergiat dalam politik tampa ada apa-apa halangan atau sekatan dari mana-mana pihak, namun ada beberapa profesion yang memerlukan pengamalnya dilihat sebagai gulungan yang tidak berpihak termasuk profesion perguruan ini supaya profesion ini kekal dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Misalnya dalam profesion kehakiman, profesion keagamaan, profesion hiburan, profesion perubatan, profesion perguruan memerlukan pengamalnya berurusan dengan semua pihak. Hakim bukan saja perlu berlaku adil kepada parti pemerintah tetapi juga kepada parti lawan. Mufti bukan saja kepunyaan mereka yang menyokong UMNO tetapi juga kepunyaan mereka yang menyokong PAS. Penyanyi bukan saja mahu menghiburkan penyokong BN tetapi juga turut menghibur penyokong PR. Doktor tidak hanya mengubati pesakit yang berdaftar sebagai ahli UMNO saja tetapi bertanggungjawab untuk mengubati siapa saja yang sakit, guru bukan saja mengajar anak-anak orang UMNO tetapi juga mengajar anak-anak orang PAS. Atas sebab itu, dari segi keprofesionan mereka, mereka seharusnya tidak kelihatan berpihak menyokong mana-mana parti politik kerana mereka adalah kepunyaan semua gulungan masyarakat tampa batasan fahaman politik mereka. Namun sebagai individu berstatuskan warganegara, sudah tentu mereka mempunyai hak untuk memilih dan bergiat dalam mana-mana ideologi politik yang mereka suka.
Kerajaan hari ini tentu sedia maklum kenapa pentadbiran dulu menghalang guru dari bergiat cergas dalam politik. Diberitakan sebelum pengharaman itu dibuat, sudah ada guru-guru terutama di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang yang terbawa-bawa sentimen politik kepartian mereka hingga sanggup menghasut anak murid mereka supaya membenci pemimpin-pemimpin negara.
Sudah tentu kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi, lebih-lebih lagi jika keputusan ini akan memberi lebih banyak keuntungan tersembunyi kepada parti-parti pembangkang yang dapat menyusup masuk ke bidang pendidikan melalui dasar kebebasan berpolitik yang diberikan kepada para guru ini.
Jadi atas sebab itu, saya kata, tidak ada apa-apa yang hendak ditahniahkan buat masa ini sehinggalah kesannya dapat dilihat kemudian hari, namun jika ucapan tahniah ini ditujukan kepada individu-individu tertentu dan sebab-sebab tertentu pula, sudah tentu ianya tidak termasuk dalam ulasan yang saya sebutkan itu. _________________ Knowledge is of two kinds. We know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Kelab Che Det Dot Com.
Kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Kelab.
Hakcipta Terpelihara (c) 2008. Kelab CheDet Dot Com